The Coffee Bean & Tea Leaf
Pada awalnya,
The Coffee Bean & Tea Leaf merupakan kedai kopi yang didirikan di Los
Angeles, Amerika Syarikat. Kedai ini dijalankan oleh International Coffee &
Tea, LLC sebagai pemilik tunggal. Kedai kopi ini pertama kali dibuka pada bulan
september tahun 1968. Sekarang The Coffee Bean & Tea Leaf sudah memiliki
900 cawangan daripada 25 negara. Kebiaasaannya, orang ramai memanggil tempat
ini dengan panggilan Coffee Bean sahaja.
Salah satu The Coffee Bean & Tea Leaf yang terdapat di kawasan Malaysia ini, adalah di kawasan Giant Shah Alam. The Coffee
Bean & Tea Leaf menyajikan hidangan makanan dan minuman yang mempunyai
sijil pengesahan dan dijamin halal. Walaupun makanan dan minuman di tempat ini
agak mahal, tetapi tempat ini sentiasa dikunjungi ramai orang. Ini adalah
disebabkan ruang yang selesa untuk duduk bersembang bersama rakan-rakan,
berjumpa dengan klien serta sesuai juga untuk kunjungan keluarga. Tempat ini
juga menawarkan kemudahan wifi.
Selain itu, pelbagai menu yang terdapat di sini. Seriuosly, anda akan rambang mata untuk membuat pemilihan makanan dan minuman. Makanan di sini sangat sedap walaupun harganya agak mahal. Tetapi bagi saya, harga tiada masalah jika ingin mencuba sesuatu yang baru. Yang penting kepuasan dalam kebersihan dan kesedapan makanan.
Antara menu yang terdapat di The Coffee Bean & Tea Leaf ialah breakfast sandwiches seperti egg and cheese bagel sandwich, egg bacon and cheese bagel sandwich dan tomato and feta croissant sandwich. Bukan itu sahaja, di sini juga terdapat menu sup yang disajikan dengan roti perancis, salads yang mempunyai empat jenis sajian iaitu greek salad, insallata roma, quinoa salad dan insallata americano disertakan dengan french roll. Selain itu, anda juga dapat beberapa jenis air minuman yang istimewa dan sangat sedap. Contohnya ialah espresso, coffee, latte, non coffee favorites, dan lain-lain. Selain tu, coffee bean ini jugak ada pencuci mulut yang sangat sedap seperti cake, cup cake, dessert-dessert yang sangat sedap, dan lain-lain.
Di samping itu juga, terdapat menu steam pressed paninis yang mempunyai empat jenis hidangan seperti trans-siberian sandwich, banhof sandwich, hiawatha sandwich dan flying scotsman sandwich. Akhir sekali ialah lunch combo iaitu soup of the day and 1/2 sandwich lunch combo dan small salad and 1/2 sandwich lunch combo. Pelbagai menu menarik yang terdapat di sini dan anda mesti mencubanya.
Saya telah
bertanya pendapat seorang pengunjung yang datang ke tempat ini dan beliau
berpendapat bahawa tempat ini selesa untuk melakukan kerja dengan kemudahan
wifi yang disediakan. Selain itu, sajian makanan yang disediakan sangat sedap
walaupun harganya agak mahal, dan yang paling penting tempat ini
menitikberatkan persekitaran yang bersih.
Comments
Post a Comment