kantin asrama
Jumlah pelajar SMK BBB sekarang ialah 432 perempuan dan 340 lelaki.Seramai 550 orang pelajar tinggal di asrama, 220 lelaki dan 330 perempuan. SMK BBB mempunyai 21 kelas tingkatan satu hingga tingkatan 5 dan 4 kelas aliran sains tulen, masing-masing dua kelas untuk tingkatan empat dan lima. Kemudahan Prasarana yang ada ialah pusat sumber, makmal sains teras,fizik, kimia dan biologi, musolla, dewan seminar, dewan besar, kafetaria, dewan makan,pejabat,bilik guru, bilik mesyuarat, bilik operasi SPBT, Bilik Kaunseling, Bilik Displin, Stor Kokurikulum, Bilik ICT dan Bilik Peperiksaan. Jumlah guru dan kaki tangan ialah seramai 54 orang.
Keistimewaan kantin asrama sekolah ini ialah terdapat pelbagai menu makanan yang menarik. Saya bertanya pada mak cik yang bekerja dia kantin asrama sekolah tersebut, dia berkata menu yang paling digemari ramai pelajar ialah ayam masak merah. Makanan di kantin asrama sekolah ini sangat sedap dan bersih. Harga makanan juga sangat murah dan berpatutan. Layanan yang diberi oleh pekerja kantin juga sangat baik.
Pelajar di sini kebiasaannya makan 5 kali dalam sehari iaitu sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam, dan sapper malam. Pada waktu sarapan pagi, pelajar disini lebih gemar makan makanan seperti roti atau makanan goreng. Contohnya. nasi goreng, mee goreng atau bihun goreng. Pada waktu tengah hari pula, kebiasaanya makanan berlauk seperti masak lemak, masak kicap atau masak merah yang menjadi kegemaran pelajar di sini.
Bagi waktu minum petang pula semestinya hidangan seperti kuih muih iaitu kuih seri muka, kuih lapis, ketayap dan lain-lain. Manakala waktu makan malam, pelajar di sini lebih gemar makan nasi seperti makanan tengah hari. Bagi supper atau makan pada waktu malam selalunya bagi makan roti atau biskut dan air panas. Ini adalah antara menu yang saya dapati bagi sekolah ini.
Menu harian kantin sekolah bukanlah sesuatu yang kekal seperti di Restoren Nasi Kandar. Pelangan restoran silih berganti setiap hari. Pelangan cuma datang untuk menu yang anda jual. Tetapi kantin sekolah lain sedikit, pelangan tetap dan wajib datang ke kantin anda kerana tidak ada pilihan. Maka harapan mereka menu perlu sentisa ubah. Menu masakan boleh diubah atau disingkirkan sekiranya didapati menu itu tidak popular di kalangan pelanggan. Cita rasa pelangan perlu diberi perhatian. Pelanggan kantin atau kafeteria disebabkan tetap, menu yang disukai hari ini tak semestinya di sukai hari esok. Menu masakan di kantin perlu dicuba berulang kali untuk mendapatkan menu yang amat disenangi oleh pelangan. Kita tak boleh rumuskan sesuatu menu dengan andaian saja. Perlu dicuba dan dapatkan keputusan.
Comments
Post a Comment